June 21, 2012

Jom Kenali Sultan Kelantan....!

Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).


Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.


...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.

Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.


Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.



(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001.














Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid

Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.

Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana.





Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir



37 comments:

Yuni Aisyah said...

terbaiklah sultan nie...:)

Suzi said...

btol tu yuni :)

Anonymous said...

Sgt kagum dgn bgnda wpun bkn org kltn gak..pnh dgr knp dia suka pkai jubah, dia kta sbb pkai jubah senang nk solat..subhanallah..

Suzi said...

oh yer ke..alhamdulillah ada jugak sultan yg mcm nie :)

Anonymous said...

Sultan di hati ku...

Anonymous said...

aku tumpang bangga punya sultan berjiwa rakyat mcm ni walaupun aku bukan rakyat kelantan... semoga hidup tuanku dirahmati Allah SWT..patik bangga dengan Tuanku.. Allahu Akbar!!!

Suzi said...

memang ramai rakyat dari negeri lain mcm kita yg suka sultan kelantan ni...

nora samad said...

Untung rakyat kalantan yg mempunyai sultan sebegini

Suzi said...

betul nora....

Anonymous said...

Moga Allah kekalkan sifat terpuji ini

Suzi said...

Insyaallah.

Anonymous said...

Alhamdulillah baginda adalah seorang raja yang benar-benar berjiwa rakyat. Dirgahayu Tuanku.

Suzi said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

Saya orang johor tapi saya suka pada sultan kelantan.. Betul2 terharu.. Allahuakbar...

Suzi said...

Yer...ramai yg syg dan suka pada sultan kelantan ni :)

Haza Zulaika said...

Tak sabar tunggu tuanku naik tahkta agong

Haza Zulaika said...

Tak sabar tunggu tuanku naik tahkta agong

Suzi said...

InsyaAllah haza zulaikha :)

Kutezi Meikato said...

Alhamdullilah.. Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku.. Allahuakbar3x

Suzi said...

hi kutezi. Amin ya rabbal alamin

Dieah Ahmad said...

Allahhuakbar3x sultan berjiwa rakyat, tak sabar nak tunggu baginda menaiki takhta....

Suzi said...

ramai rakyat yg tunggu² baginda naik takhta pn.dieah :)

Hajar Syarha said...

Allahuakbar.. Sgt bangga dgn Sultan Klantan. Walaupun kelantan bukan negeri yg dgn mewah mcm negeri2 lain, namun kita disini bangga mempunyai Sultan yg berjiwa rakyat dan Para Ulama yg sentiasa memimpin kita kearah ajaran islam yg betul. Allahuakbar.

Suzi said...

Insyaa Allah pn/cik hajar syarha..

Aida Motor said...

Saya turut berbangga dgn sultan kelantan.....walaupun org kata negeri kelantan tak kaya anda mungkin silap, kehebatan sultan kelantan terletak dihatinya

Aida Motor said...

Saya turut berbangga dgn sultan kelantan.....walaupun org kata negeri kelantan tak kaya anda mungkin silap, kehebatan sultan kelantan terletak dihatinya

Suzi said...

terima kasih aida. pada sy kelantan negeri yg kaya dan berkat. berkat Islam. makanan murah², rumah pun besar dan lebih murah dari negeri yg kononnya kaya, rakyat nk beli rumah pun susah akibat harga yg terlalu tinggi dan tak berpatutan.

cik biey said...

Terima kasih pada semua..klau rakyat negeri lain turut berbangga dgn Sultan kami, apatah lagi rakyat kelantan sendiri..Syukur pada Allah s.w.t dikurniakan pemimpin seperti tuanku.

cik biey said...

Terima kasih pada semua..klau rakyat negeri lain turut berbangga dgn Sultan kami, apatah lagi rakyat kelantan sendiri..Syukur pada Allah s.w.t dikurniakan pemimpin seperti tuanku.

Suzi said...

sama² cik biey :) Alhamdulillah

Anonymous said...

MasyaAllah! semoga sifat baik sultan kelantan dicontohi VVIP dan masyarakat yang lain. Membantu rakyat, merendah diri, mementingkan agama dan bergaul dengan semua tidak kira asal usul.

Suzi said...

ya anonymous...Insyaa Allah

Anonymous said...

Bakal Agong.....alhamdulillah semoga Baginda menjadi penyebab penyatuan ummah dan semakin ramai anak muda mencintai Islam. Teruskan dengan sifat baik dan menjadi contoh tauladan pada yang masih mencintai dunia...ingatlah dunia ni pinjaman saja.

fadly hesyam said...

sultan yg betul-betul berjiwa rakyat............inilah satu-satu nya sultan terbaikkkk.

Suzi said...

betul tu anonymous & en.fadly...Insyaa Allah, moga Allah jadikn baginda sultan/ agong baru sebagai asbab semakin tguhnya Islam di Msia.

Encik Shino said...

Alhamdulillah, masih ada lagi sultan berjiwa rakyat dan mempunyai peribadi yang sangat terpuji... Allahuakbarr!

Suzi said...

ya en.shino...Alhamdulillah